Browsing "Older Posts"

Saturday, March 26, 2011

Pelajar SPM terbaik diiktiraf, wajar dapat bantuan: PM

Pelajar SPM terbaik diiktiraf, wajar dapat bantuan: PM


2011/03/25KUALA LUMPUR: Kerajaan mengiktiraf bahawa semua pelajaryang mencapai keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajar mendapat bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inilah sebabnya mengapa semakin banyak agensi kerajaan dan sektor swasta tampil menyediakan biasiswa dan geran."Tahun lalu saya mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat 9A

View the Original article

Beberapa bangunan mercu tanda sertai kempen Earth Hour esok

Beberapa bangunan mercu tanda sertai kempen Earth Hour esok


2011/03/25KUALA LUMPUR: Beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda termasuk bangunan pencakar langit, universiti dan pusat beli-belah di sini akan bergelap selama sejam esok sempena kempen Earth Hour 2011.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC, stesen minyak, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Universiti Putra Malaysia (UPM),Planetarium Negara dan Sunway Pyramid berikrar menyokong kempen itu.Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim.Pengarah Komuniksi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, berkata semua lampu yang tidak penting di bangunan itu termasuk di Menara Dato Onn akan dipadam selama sejam sempena kempen itu.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan penggunaan lampu walaupun ada acara yang ditetapkan tapi yang pasti lampu di bahagian pentadbiran tidak akan dipasang esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, sokongan yang diberi itu penting untuk menunjukkan betapa pentingnya bumi diselamatkan daripada mengalami kesan akibat perubahan iklim.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, usaha menyelamatkan bumi daripada mengalami perubahan iklim perlu melangkau lebih jauh daripada sekadar memadam lampu selama 60 minit.
"Jadikan penggunaan tenaga elektrik secara bijak sebagai cara hidup kita. Ia sama mudahnya seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik lain apabila tidak diperlukan dan menetapkan thermostat sistem penyaman udara antara 22 dan 26 darjah Celsius," katanya.

Presiden Young Liberals & Democrats of Asia (YLDA) Hng Chee Wey pula berkata, sokongan sedemikian sepatutnya diberi sepanjang masa, bukan sempena kempen EarthHour sahaja.

Hng, yang juga Timbalan Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Kebangsaan, berkata, walaupun langkah memadamkan lampu selama sejam itu merupakan suatu usaha kecil tetapi ia memberi kesan besar kepada seluruh dunia apabila setiap orang memberi kerjasama.

Earth Hour adalah acara tahunan yang mengajak isi rumah serta pemilik syarikat memadamkan lampu serta peralatan elektrik selama sejam untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai isu perubahan iklim dan sebagai simbol betapa pentingnya mengekalkan kelestarian alam sekitar. - BERNAMA



View the Original article

RISDA nafi tempah, biaya bilik di Carcosa Seri Negara

RISDA nafi tempah, biaya bilik di Carcosa Seri Negara


2011/03/25KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini menafikan terbabit dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.

Pengurusan RISDA dalam satu kenyataan turut menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa RISDA turut terbabit dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain."Kami ingin menegaskan bahawa RISDA tidak terbabit atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain," kata kenyataan itu yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat RISDA, Halimah Abd Kadir. - BERNAMA

View the Original article

Pilihan raya Sarawak: Polis beri amaran tidak sensasikan isu

Pilihan raya Sarawak: Polis beri amaran tidak sensasikan isu


2011/03/25KUCHING: Polis memberi amaran kepada orang ramai termasuk media supaya tidak mensensasikan sesuatu isu sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak bagi mengelak tercetusnya suasana tegang, sehingga boleh menjejaskan proses demokrasi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon, berkata polis tidak teragak-agak bertindak terhadap mereka yang didapati sengaja memulakan atau menyebarkan sebarang maklumat yang mampu menimbulkan kekecohan. "Jangan buat...jangan sengaja perbesarkan sesuatu isu dan polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa termasuk media dalam hal ini kerana perbuatan sengaja mensensasikan sesuatu isu hanya akan membangkitkan kemarahan pihak tertentu atau menakutkan orang ramai. "Kami berharap perkara seperti ini tidak berlaku sepanjang tempoh pilihan raya mulai sekarang atau dalam tempoh berkempen sehinggalah pada hari pengundian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-204, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kesepuluh akan diadakan 16 April ini, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April.


View the Original article

Friday, March 25, 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN diiktiraf Malaysia Book of Records

Karnival Kerjaya Pemuda BN diiktiraf Malaysia Book of Records


2011/03/25KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan kejayaan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebentar tadi sebagai karnival kerjaya terbesar di Malaysia, membabitkan penawaran sebanyak 40,000 peluang kerja.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan karnival itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

View the Original article

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks


2011/03/25KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat."Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka."Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.
Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.


"Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya. - BERNAMA



View the Original article

Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat

Angka korban gempa bumi Myanmar meningkat


2011/03/25YANGON: Gempa bumi kuat yang merobohkan kediaman di timur laut Myanmar mengakibatkan kematian lebih 60 orang dan dibimbangi jumlah itu akan meningkat memandangkan keadaan di kawasan pedalaman tidak diketahui.

Kejadian gempa bumi malam semalam, berukuran 6.8 magnitud berlaku di utara bandar Tachileik iaitu kawasan pergunungan di sepanjang sempadan Thailand tetapi gegaran dapat dirasai beratus-ratus kilometer di Bangkok, Thailand dan Hanoi, Vietnam.Radio kebangsaan Myanmar mengumumkan hari ini bahawa 65 orang terkorban dan 111 mengalami kecederaan akibat gempa itu tetapi angka berkenaan dikemas kini setiap masa.Katanya, 244 rumah, 14 biara Buddha dan sembilan bangunan kerajaan mengalami kerosakan. - AP



View the Original article

Jatuh atas tilam


PUJUK...anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.



View the Original article

Kopi campur gelatin babi

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.


“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel

View the Original article

'Saya lebih cinta kucing'


SAYANG...Camelia bersama kucingnya.

SHAH ALAM: “Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” kata gadis hanya mahu dikenali sebagai Camelia yang membuat pengakuan tidak mahu berkahwin kerana lebih cintakan kucing berbanding lelaki.

Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya.

“Sebelum ini saya mempunyai seorang teman lelaki, namun sejurus dia mengajak saya berkahwin Mei tahun lalu, saya lebih rela menolaknya. Ini kerana jika saya berkahwin dengannya, siapa yang akan membela kucing saya.

“Sejak hari itu, saya semakin cuba menjauhi lelaki kerana saya mahu memberikan tumpuan 100 peratus kepada kucing ini,” katanya.


Dia kini memiliki 12 kucing yang diberi nama Lulu, Wonder Pets, Bobo, Stoki, Chepot, Comot, Lex, Apple, Cici dan Bubu, Bubu 1 dan Bubu 2.


Malah, Camelia menyifatkan cinta terhadap manusia tidak berbaloi berbanding kasih sayang terhadap binatang.

“Bagi saya, lelaki sekarang tidak boleh dipercayai kerana sering curang dan suka mempermainkan wanita, tetapi binatang peliharaan terutama kucing sentiasa setia.

“Saya berpendapat jika saya menghabiskan wang untuk binatang, binatang itu pasti mendoakan kesejahteraan saya. Jika saya menghabiskan wang untuk manusia belum tentu manusia itu berterima kasih.

“Perkahwinan sesuatu yang tidak penting untuk difikirkan berbanding menjaga 12 kucing peliharaan saya yang perlu diberi perhatian selalu,” katanya.

Berikutan itu, Camelia berkata, dia tidak kisah menghabiskan RM500 setiap bulan semata-mata untuk perbelanjaan kucingnya termasuk untuk membeli makanan, pasir, membawa ke klinik dan urusan pembersihan.

“Selain keluarga, kucing makhluk yang paling saya sayang. Saya dapat hidup jika tidak berkahwin atau berkawan, tetapi saya kesunyian jika tidak ditemani kucing comel ini.

“Andai kata satu hari nanti kucing ini mati saya akan berasa amat sedih,” katanya.

Camelia berkata, hatinya akan tenang setiap kali melihat 12 kucingnya bermain, malah turut memberitahu tidak dapat tidur malam jika tidak memeluk dan mencium haiwan itu.

Menurutnya, setiap hari selepas pulang daripada kerja, perkara utama yang akan dilakukannya ialah memeluk kucing dan menciumnya.

Sementara itu, perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali ketika dihubungi berkata, pendirian Camelia menyimpang daripada fahaman Islam.

Katanya, perkahwinan adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan setiap umat Islam harus mengikut sunnah Baginda.

Sekiranya umat Islam membuat keputusan sengaja tidak mahu berkahwin, mereka boleh dikategorikan bukan umat Rasulullah.

“Jika itu berlaku, kita bimbang kita akan dijauhi dan tidak mendapat syafaat Rasulullah di akhirat kelak,” katanya.

Md Izuddin berkata, perlu diketahui seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Abu Hurairah digelar ‘bapa kucing’ kerana minatnya yang mendalam terhadap kucing serta memelihara banyak kucing, namun dia tetap berkahwin kerana perbuatan itu sebahagian sunnah Rasulullah.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel

View the Original article

Thursday, March 24, 2011

Rogol: tukang rumah kena 30 tahun penjara, 12 sebatan

Rogol: tukang rumah kena 30 tahun penjara, 12 sebatan


2011/03/24ALOR SETAR: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan merogol dan mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Saleh Abdullah, 41, gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kedua-dua pertuduhan terhadapnya.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Jalan Semiliang, Padang Terap pada jam 2.30 petang, 2 September 2008.Dia didakwa mengikut Sekyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Saleh didakwa mencabul kehormatan mangsa di kawasan kebun getah di Kampung Kuala Janing, Padang Terap, pada jam 2.30 petang 27 September 2008.

Dia didakwa mengikut seksyen yang sama dengan pertuduhan pertama.

Terdahulu itu, tertuduh ketika membela diri bagi kedua-dua tuduhan mengaku membuat rumah ayah mangsa namun tidak pernah membawa mangsa menaiki kereta dan merogol mangsa di dalam kereta atau di kebun getah.
Mohd Saleh berkata, dia juga tidak pernah berjumpa mangsa dan menjalinkan hubungan.

Kemudian, semasa mengemukakan rayuan, tertuduh memohon mahkamah memberi jawapan kenapa dia dihukum dan meminta hakim membuat keputusan yang seadil-adilnya.

Ini kerana dalam proses penghujahan tertuduh mengatakan pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti kukuh dan keterangan dari saksi untuk dibuktikan di mahkamah.

Hakim dalam jawapannya berkata, tertuduh gagal membangkitkan keraguan munasabah ketika pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rizal Fadzil meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh. - BERNAMA



View the Original article

CUEPACS cadang sistem gaji sebaris

CUEPACS cadang sistem gaji sebaris


2011/03/24PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan kepadakerajaan supaya kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira pembabitan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknyadengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.

"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan
Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.

"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs
kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 Selasa lalu,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian semula SSM sedang
dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif,
berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

Najib berkata, kajian komprehensif itu bukan sahaja meneliti aspek saraan
semata-mata tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi
menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi
anugerah khas bagi menghargai penjawat awam, yang selain berupaya menunjukkan
mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti
kesukarelaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya berpendapat banyak kelebihan bakal
dinikmati penjawat awam dengan Sistem Gaji Sebaris, antaranya daripada segi
pergerakan gaji dan tahap gaji maksimum mereka.

Beliau berkata, dalam Jadual Gaji Matriks yang ada dalam SSM sekarang, penjawat awam hanya memperoleh kelebihan dalam jangka pendek, misalnya akan mencapai tahap gaji maksimum dengan cepat sedangkan mereka masih ada tempoh untuk berkhidmat.

Malahan, beliau berkata, kenaikan gaji dan pangkat yang diberikan kepada penjawat awam lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini juga
menyekat dan "membunuh" semangat sebahagian penjawat awam lain.

Katanya, tidak semua yang terkandung di dalam SSM kini tidak berfaedah, namun
sudah tiba masanya bagi kerajaan menilai semula beberapa perkara kerana
kelebihan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Omar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Cuepacs itu kerana ia
dapat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kerja penjawat awam di negara
ini. - BERNAMA


View the Original article

Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE

Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE


2011/03/24KUALA LUMPUR: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pada hari ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan perananpenting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatankesihatan, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuandan pada masa yang sama, memantapkan lagi ekonomi dunia.
"Semenjak tidak kurang dari empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat
sehingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," kata beliau
pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini hari ini.

Najib juga meminta persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) bumiputera
supaya perlu lebih sensitif kepada pergerakan dan permintaan pasaran danmempunyai keupayaan untuk memperoleh projek serta peluang bagi anggota-anggota
mereka dalam usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud di antara bumiputera dan
golongan lain.

Katanya, sebagai persatuan bumiputera, adalah menjadi tanggungjawab setiap persatuan untuk mengetahui dan merasai nadi keperluan anggota-anggotanya.

"Persatuan harus menerajui inisiatif ke arah memenuhi keperluan-keperluan ini serta mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dilalui anggota-anggota. Perkara ini amat penting untuk memastikan isu-isu industri yang
dihadapi oleh peniaga Bumiputera dapat diatasi," katanya.

Sebanyak 13 anugerah telah disampaikan pada majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani itu.

Antara pemenang anugerah ialah Century Software Sdn Bhd bagi kategori Produk
Perisian Bumiputera Terbaik, Reza Razali (Anugerah Usahawan Tekno Bumiputera
Muda Terbaik), Lotdotmy Sdn Bhd (Anugerah Aplikasi Media Baru Bumiputera
Terbaik) dan Les' Copaque Production Sdn Bhd (Anugerah Khas: NEF-Awani Tun Dr
Mahathir). - BERNAMA

View the Original article

Anak mengamuk ibu kahwin lain

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.


Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah.


“Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.

“Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya.


Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu.

“Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya.


Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.


“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya.


“Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya.


Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel

View the Original article

Pikat gadis animasi hingga ke ranjang


RAMPAS...Zainal Abidin (tengah) menunjukkan DVD dan CD permainan komputer lucah yang dirampas.

SEREMBAN: ‘Kegilaan’ remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk ‘memancing’ watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan.


Perkara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping.


“Hasil pemeriksaan merampas 25 CD dan empat DVD permainan komputer lucah pelbagai judul yang kebanyakannya memaparkan gadis animasi mengghairahkan dipercayai dari Jepun.


“Berikutan itu, kami menahan seorang penjaga kedai iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana kesalahan membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.

“Kami menjangkakan kes itu akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat dan semuanya terserah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Menurut Zainal, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan penjualan bahan itu berada di pasaran sejak tahun lalu, namun tiada tindakan diambil kerana ia berada dalam lambakan permainan komputer lain.

“Bahan lucah itu dipercayai turut dijual di kawasan lain dan kami menyiasat punca bekalan sama ada gelap atau secara terbuka.


“Berikutan itu, kami akan memperhebatkan operasi gempur dan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan aktiviti tidak sihat terbabit dihapuskan,” katanya.


Beliau berkata, penelitian pihaknya mendapati permainan itu digemari remaja kerana memberi keseronokan luar biasa kepada mereka untuk berusaha memikat gadis animasi cantik sehingga mengajaknya melakukan hubungan seks.


Orang ramai yang mempunyai maklumat perkara seumpama itu boleh menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakan selanjutnya.


Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel

View the Original article

KDRM KLIA tahan wanita Vietnam, rampas dadah RM567,000

KDRM KLIA tahan wanita Vietnam, rampas dadah RM567,000


2011/03/24NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala (KLIA) menahan seorang wanita Vietnam di KLIA dan merampas 2.266 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM567,000 tiga hari lalu.

Pengarahnya, Datuk Govinden Mutosamy, berkata wanita berusia 30-an yang baru tiba dengan penerbangan Thai Airways itu ditahan pada kira-kira jam 8.50 malam.Beliau berkata, pihaknya menemui enam bungkusan plastik mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu itu selepas memeriksa dua beg kecil yang ditemui dalam sebuah beg pakaian seorang penumpang yang barutiba, Isnin lepas."Bahan disyaki dadah itu disembunyikan di dalam lapisan kain dinding bahagian belakang, tengah dan hadapan pada setiap beg kecil itu," katanya pada persidangan akhbar di Ibu Pejabat Kastam Narkotik, Kampung Jijan dekat sini, hari ini.

Katanya, wanita yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Kuala Lumpur itu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Govinden berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Iran yang tiba di KLIA dengan penerbanagan Kuwait Airways pada 11 Mac lalu dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 5.4 kilogram bernilai RM1.4 juta.

Beliau berkata, lelaki berumur 20-an itu ditahan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas imbasan pada bagasinya menampakkan imej yang meragukan.
"Hasil pemeriksaan, kami berjaya menemui enam bungkusan plastik serbuk kristal jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.4 kilogram yang nilai pasaran dianggar RM1.4 juta.

"Dokumen perjalanan yang diperiksa menunjukkan lelaki itu dalam perjalanan dari Kuwait ke Kuala Lumpur. Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.- BERNAMA



View the Original article

Clijsters tarik diri daripada kejohanan tenis di Jepun

Clijsters tarik diri daripada kejohanan tenis di Jepun


2011/03/24TOKYO: Bekas pemain nombor satu dunia, Kim Clijsters menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Pan Pacific di Tokyo pada September ini berikutan kebimbangan krisis di loji nuklear negara berkenaan.

Clijsters berkata, dia berharap untuk beraksi di Jepun apabila keadaan mengizinkan selepas menyuarakan kebimbangan menerusi laman sosial Twitter berkaitan kesan radiasi dari loji nuklear Fukushima yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu."Saya sering rasa diri saya ada hubungan rapat dengan Jepun. Saya ada banyak kenangan indah beraksi dalam acara beregu bersama Ai Sugiyama di Jepun," kata pemain nombor dua dunia berusia 27 tahun itu."Saya doakan setiap orang bersabar, kuatkan semangat dan saya akan datang ke Tokyo apabila keadaan mengizinkan," katanya. - AFP




View the Original article

Peraturan lapuk akan dihapuskan untuk permudah pelaburan

Peraturan lapuk akan dihapuskan untuk permudah pelaburan


2011/03/24PUTRAJAYA: Peraturan yang lapuk dan tidak lagi relevan akan disemak untuk mempermudah pelaburan yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, pelaburan purata sebanyak RM115 bilion setahun akan diperlukan di antara 2011 dan 2015 dengan sasaran bagi tahun ini sebanyak RM83 bilion.Daripada angka bagi 2011, RM76 bilion dijangka dijana oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP). "Untuk mempermudah pelaburan-pelaburan ini, penting bagi pelaksanaan perkhidmatan kerajaan dan sektor swasta dipertingkatkan.

"Ini akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan bagi mempermudah pelaburan," katanya dalam ucapannya pada Persidangan Kecekapan Sektor Swasta dan Kepenggunaan, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Muhyiddin berkata, komitmen Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan atau
Pemudah mendorong kedudukan daya saing Malaysia dalam Laporan Perniagaan Bank
Dunia 2010 2010 meningkat dua anak tangga ke tempat ke-21 daripada ke-23 pada
2009.

Dalam Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2010 terbitan Institusi Pembangunan
Pengurusan (IMD) 2010, kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-10 daripada
ke-18 pada 2009.

Sementara itu, Kumpulan Tumpuan mengenai Kecekapan dan Kewibawaan Sektor Swasta yang ditubuhkan di bawah Pemudah lapan bulan lalu sudah mengkaji 19 isu dan kini sedang menyediakan 26 inisiatif.

Kumpulan itu mengkaji langkah-langkah yang boleh meningkatkan pelaksanaan
sektor swasta dari segi kepantasan, prestasi, kos dan daya harap.

Katanya, Tribunal Tuntutan Pengguna pula melalui pelbagai penambahbaikan termasuk mengurangkan bilangan hari bagi mendengar kes kepada 45 hari.

Penambahbaikan lain yang dicapai di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia
termasuklah tempoh singkat yang diambil bagi pendaftaran perniagaan iaitu sejam
dan tempoh sehari bagi penubuhan syarikat.

"Diharapkan impak inisiatif-inisiatif ini akan meningkatkan lagi Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan memperkukuh kedudukan daya saing Malaysia
di dunia ke tempat kelima menjelang 2015," katanya. - BERNAMA



View the Original article

Gempa bumi landa pantai timur Honshu, Jepun

Gempa bumi landa pantai timur Honshu, Jepun


2011/03/24KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan berukuran 6.1 magnitud dikesan berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada jam 4.21 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa itu dicatatkan di kedudukan 4,391 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.- BERNAMA

View the Original article

Senarai calon BN Sarawak akan dikemukakan kepada PM awal April

Senarai calon BN Sarawak akan dikemukakan kepada PM awal April


2011/03/24KUCHING: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk disahkan awal bulan depan.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata senarai calon sedangdalam proses untuk dimuktamadkan."Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awalbulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan
Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga."

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April dan tarikh penamaan calon ditetapkan 6 April ini.
Ditanya mengenai rancangan persaraannya, Taib, 75, berkata, beliau ingin
bekerja sedikit bagi mengisi masa tetapi tidak ingin bekerja di bawah tekanan.

Pada Sabtu lalu, Taib, yang memegang jawatan Ketua Menteri paling lama
sejak March 1981 berkata, beliau akan berundur pada pertengahan penggal baru
bagi memastikan peralihan kepimpinan dapat berjalan lancar dan teratur.

Pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP menguasai enam kerusi serta
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi wakil rakyat
Bebas, masing-masing, menguasai satu kerusi. - BERNAMA



View the Original article

Bumiputera perlu bina keupayaan dan kemahiran: Najib

Bumiputera perlu bina keupayaan dan kemahiran: Najib


2011/03/24KUALA LUMPUR: Bumiputera abad ke-21 perlu menjadikan pembinaan keupayaan dan kemahiran sebagai mercu tanda baru bagi memanfaatkan peluang yang ada berbanding terperangkap dengan polemik hak yang tidak berkesudahan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Bumiputera abad ke-21 wajib dipersediakan untuk eranya dan penumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan peluang yang terbit daripada hak itu adalah sikap yang merugi dan membazirkan bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga kepada kaum Bumiputera secara keseluruhannya."Inilah yang berlaku misalnya apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah sahambernilai RM54 bilion kepada syarikat-syarikat dan individu-individu Bumiputeratetapi akhirnya yang tinggal kekal menjadi pegangan individu dan syarikat
Bumiputera persendirian hanyalah dalam lingkungan RM2 biliona," katanya berucap pada majlis Anugerah ICT Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF)-Awani di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Najib berkata, banyak pihak akan marah apabila dihadapkan dengan fakta itu
tetapi, menurut beliau, untuk mula menyelesaikan sebarang masalah "kita perlu
mengenal pasti apakah masalah yang perlu ditangani."
"Bumiputera harus menjadi kaum yang berdaya tahan dan mampu mencipta serta
mencipta semula diri bagi setiap situasi," katanya.

Perdana Menteri berkata, kaum Bumiputera juga harus berbangga dengan hasil kerja dan pencapaian mereka serta tidak takut untuk belayar dalam perairan yang tidak atau belum lagi diterokai.

"Kita tidak mahu kaum Bumiputera dilihat sebagai kaum yang meminta-minta, kita tidak rela dilihat sebagai kaum yang cepat berpuas hati dan suka berada dalam zon selesa.

"Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi
persekitaran.

"Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya," katanya.


Perdana Menteri berkata, hari ini negara berada di satu persimpangan kritikal
iaitu melakukan perubahan yang bersifat lonjakan berganda membabitkan soal
struktural, institusi, dasar dan cara kerja atau melaksanakan perubahan bersifat
tempelan dan berdikit lantas berisiko menjadi sebuah negara gagal.

"Cabaran mutakhir adalah lebih besar kerana kita perlu menghadapi semua ini
dengan memastikan keadilan serta kestabilan sosial tanpa menakutkan mana-mana
pihak sekalipun," katanya.

Katanya, beliau yakin tidak ada mana-mana pihak dapat menafikan mengenai
transformasi yang merubah landskap ekonomi negara sepanjang 50 tahun yang
lalu.

Najib berkata, daripada sebuah negara pertanian yang bergantung kepada
eksport komoditi hari ini, asas ekonomi Malaysia berjaya dipelbagaikan
dengan sektor perkhidmatan moden dan pembuatan kini menjadi sektor dominan
ekonomi negara.

Katanya, segala kejayaan yang dicapai 50 tahun yang lalu bersifat luar baisa apabila pertumbuhan ekonomi dan penciptaan kekayaan berjaya diselarikan dengan kewujudan keadilan sosial melalui prinsip pengagihan kekayaan yang adil.

"Hasilnya kemiskinan diturunkan dengan drastik dan negara berubah dari sebuah negara berstatus berpendapatan rendah menjadi sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi," katanya.

Majlis yang disiarkan secara langsung oleh saluran televisyen Astro Awani
adalah sebagai pengiktirafan bagi kecemerlangan syarikat-syarikat industri
teknologi dan komunikasi (ICT) yang memberi impak dalam kehidupan rakyat
Malaysia berbilang kaum dan juga sebagai pengiktirafan kepada usahawan tekno
Bumiputera yang berjaya.

Sebanyak 13 anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri kepada pemenang.

"Saya amat berbangga kerana negara kita mempunyai asas yang kukuh dalam
pelbagai bidang ICT, termasuk pembangunan perisian, aplikasi serta pembekal
perkhidmatan teknologi maklumat," katanya. - BERNAMA




View the Original article

Manifesto BN Sarawak akan diumumkan selepas penamaan calon

Manifesto BN Sarawak akan diumumkan selepas penamaan calon


2011/03/24KUCHING: Manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi pilihan raya negeri ke-10 adalah 'ringkas dan mudah' dan akan diumumkan kepada orang ramai selepas penamaan calon, kata Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Saya baru saja meneliti draf akhir. Ia ok, sangat ringkas dan mudah," katanyaselepas merasmikan Pameran Bangunan Perdagangan anjuran Institut ArkitekMalaysia Bahagian Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, kandungan manifesto itu dipermudahkan untuk membolehkan anggota BN memahami dan
mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya masing-masing.

"Di peringkat negeri, kami banyak kali berbincang mengenainya... asasnya sangat mudah hinggakan setiap anggota BN akan mendapati senang untuk mengaitkannya dengan kawasan pilihan raya mereka," katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pencalonan pada 6
April manakala pengundian pada 16 April.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, BN Sarawak mengetengahkan slogan
'Sarawak yang Aman, Progresif dan Makmur' menerusi manifesto yang melakar masa
depan negeri, kisah kejayaan dan janji ke arah pengagihan kekayaan secara
saksama dalam kalangan semua kaum di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PBB dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu berkata, sebuah jawatankuasa khas sedang giat merangka manifesto berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa persiapan pilihan raya PBB di ibu pejabat parti itu di sini, Jabu berkata, meskipun beliau tidak menganggotai jawatankuasa khas itu, secara umumnya
manifesto BN Sarawak akan menyentuh tentang falsafah dan kejayaan di sebalik
perkembangan politik yang merangkumi potensi pelbagai peluang ekonomi di negeri
ini seperti Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) dan Hab Halal
Tanjung Manis.

Mengenai persiapan parti, beliau berkata, jentera pilihan raya BN di peringkat akar umbi sudah pun digerakkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan perinciannya memandangkan ia adalah sebahagian daripada strategi pilihan raya parti komponen BN itu.

BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN, manakala DAP memperoleh enam
kerusi dan Parti Keadilan Rakyat serta Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi
seorang calon bebas, masing-masing satu kerusi.

Kali terakhir pilihan raya negeri diadakan di Sarawak ialah pada 20 Mei 2006. - BERNAMA



View the Original article

Chong Wei tetap tunggu kepulangan Misbun ke pangkuan BAM

Chong Wei tetap tunggu kepulangan Misbun ke pangkuan BAM


2011/03/24KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek untuk kembali membimbingnya, meskipun hampir empat bulan meletak jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei, yang baru dinobatkan juara All-England, berkata beliau memerlukanbantuan Misbun bagi menghadapi cabaran membawa pulang pingat emas pertama negaradari Sukan Olimpik London tahun depan."Saya harap Misbun akan kembali. Sukan Olimpik semakin dekat dan kehadiran
Misbun amat penting untuk membantu saya," katanya kepada pemberita selepas
mengumumkan majlis amal 'Hope & Smile' bagi mengumpul derma bagi mangsa gempa
bumi dan tsunami di Jepun, di sini, hari ini.

Chong Wei berkata, beliau akan menunggu mesyuarat BAM pada 1 April ini yang
dijangka membincangkan isu Misbun serta kedudukan pembantu jurulatih TeySiu Bock yang kini membantu pemain nombor satu dunia itu.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember tahun
lalu dan sejak itu mengelakkan diri daripada pihak media yang ingin mengetahui punca sebenar tindakannya.

Walaupun BAM dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menghantar surat tawaran memujuk beliau menyambung kontrak dengan BAM, Misbun sehingga kini masih belum memberi sebarang jawapan.

Ketika ditanya bagaimana sekiranya Misbun tetap dengan pendirian untuk tidak
kembali kepada BAM, Chong Wei berkata, beliau akan tetap menunggu kepulangan
Misbun.

Chong Wei berazam membantu mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta melalui
majlis amal 'Hope & Smile' di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) pada
April dan di Bukit Kiara, di sini pada keesokannya.

Jaguh negara itu akan menyumbangkan raket dan dua pasang pakaian yang
digunakan beliau semasa menjuarai Kejohanan All-England dua minggu lepas bagi
acara lelongan di samping menyertai perlawanan persahabatan. - BERNAMA



View the Original article

RM377.8 juta caruman KWSP tak dituntut

Sebanyak RM377.8 juta caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dituntut sehingga Disember tahun lalu membabitkan 188,733 ahli berumur 75 tahun ke atas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

View the Original article

'Datuk T' mahu s'jaya diraja siasat video seks

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik - yang mengakui antara tiga orang di sebalik penayangan video seks - mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan ketulenan klip itu.

View the Original article

Eskay: 'Saya dalam video itu'

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T - apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

View the Original article

Johari Abdul didakwa minta RM7j untuk MP Pakatan

Tuduh menuduh ekoran penayangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpanjangan apabila pemimpin PKR pula didakwa mahukan RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.



View the Original article

Telefon bimbit Teoh disimpan kerana kecoh

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa beliau terpaksa menyimpan telefon bimbit milik mendiang dan tidak menyerahkannya kepada pihak polis berikutan berlaku kekecohan di bangunan Plaza Masalam pada ketika itu.

View the Original article

Khalid: Akaun Yayasan Selangor 'mantap'

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini tampil membuat penjelasan mengenai akaun Yayasan Selangor yang dilaporkan mengalami defisit sehingga RM7.41 juta pada tahun lalu.

Khalid berkata, akaun yayasan itu berada dalam keadaan "mantap" dengan jumlah harta melebihi RM300 juta, selain lebihan dalam akaun sebanyak RM100 juta dan deposit tunai melebihi RM50 juta.

"Kalau orang kata yayasan akan bankrap, agak lama sedikit, sekurang-kurangnya 90 tahun lagi (sebelum bankrap).

"Ada sesetengah (orang) dia tak biasa mengira, dia tak pakai mesin kira, dia kira satu tahun saja.

"Saya tengok (ada) blogger takut Yayasan Selangor akan bankrap. Saya harap Yayasan Selangor akan hidup lebih lama daripada blogger ini," katanya lagi secara berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan isu berkenaan hari ini.



View the Original article

MB: Yayasan Selangor mampu belanja RM250,000

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak takut dalam menghadapi dakwaan berhubung perbelanjaan yang dibuat untuk menyambut ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor.

Khalid berkata yayasan itu mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan berjumlah RM250,000 itu.



View the Original article

Khalid yakin 'komisyen projek' tak berlaku

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa parti DAP mendapat komisyen daripada projek kerajaan Selangor di kawasan Seri Kembangan.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau yakin sumbangan yang didakwa telah diberikan kepada parti DAP itu tidak berlaku.

Sumbangan itu telah diberikan oleh empat syarikat yang telah menerima projek daripada kerajaan negeri bagai kawasan berkenaan, seperti didakwa.

Mengulas lanjut, Khalid berkata isu berkenaan juga “bukan perkara kerajaan negeri.”

Namun, beliau tetap mengkategorikan perbuatan seperti itu sebagai perbuatan rasuah, sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Kerajaan negeri tidak ada mempunyai peruntukan untuk... siapa dapat kontrak boleh (beri) sumbangan.

"Itu salah. Itu rasuah," katanya ringkas ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Isu itu timbul ekoran satu pendedahan yang dibuat oleh seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kelmarin dalam satu inkuiri siasatan diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Dalam inkuiri itu, pegawai kanan berkenaan, Hairul Ilham Hamzah berkata, Teoh menjadi saksi siasatan SPRM Selangor bagi satu siasatan mengenai peruntukan yang didakwa telah digelapkan oleh beberapa wakil rakyat Selangor.



View the Original article

Siasatan video seks, polis panggil wartawan, editor

Polis telah memulakan siasatan terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

View the Original article

Liwat II: Dua saksi dipanggil semula

SITE VIDEO CARI Utama Berita Kolum Surat Video Mobilekini Buku SMS Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan Kereta Feed George

View the Original article

Video seks: Editor, wartawan beri keterangan

Sekurang-kurangnya tiga editor kanan dan beberapa wartawan dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan berhubung tayangan video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

View the Original article

Bila dendam tidak dapat sembunyikan...

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

View the Original article

'Paria' digugurkan dari Interlok, kata Muhyiddin

Perkataan 'paria' telah digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Prerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

View the Original article

Ahli PKR demo desak 'Datuk T' ditangkap

Kira-kira 30 ahli PKR Kedah hari ini mengadakan perhimpunan di luar balai polis Alor Setar bagi mendesak kumpulan tiga orang yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' ditangkap.

View the Original article

Sebutan semula tuntutan fasakh menantu KM S'wak 11 April

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 11 April depan bagi sebutan semula kes tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

View the Original article