Saturday, March 26, 2011

Pilihan raya Sarawak: Polis beri amaran tidak sensasikan isu

Pilihan raya Sarawak: Polis beri amaran tidak sensasikan isu


2011/03/25KUCHING: Polis memberi amaran kepada orang ramai termasuk media supaya tidak mensensasikan sesuatu isu sepanjang tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak bagi mengelak tercetusnya suasana tegang, sehingga boleh menjejaskan proses demokrasi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon, berkata polis tidak teragak-agak bertindak terhadap mereka yang didapati sengaja memulakan atau menyebarkan sebarang maklumat yang mampu menimbulkan kekecohan. "Jangan buat...jangan sengaja perbesarkan sesuatu isu dan polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa termasuk media dalam hal ini kerana perbuatan sengaja mensensasikan sesuatu isu hanya akan membangkitkan kemarahan pihak tertentu atau menakutkan orang ramai. "Kami berharap perkara seperti ini tidak berlaku sepanjang tempoh pilihan raya mulai sekarang atau dalam tempoh berkempen sehinggalah pada hari pengundian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perbarisan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-204, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kesepuluh akan diadakan 16 April ini, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April.


View the Original article

No comments:

Post a Comment