Browsing "Older Posts"

Home » dalam negara

Tuesday, December 9, 2014

Inter Johor Firms Dibubarkan Akur Titah TMJ

INTER Johor Firms (IJF) akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu menangani dengan segera kumpulan pelampau yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan kepada Johor.

Difahamkan, kenyataan akur IJF menerusi laman sosial Facebook milik mereka itu juga merujuk kepada keputusan PBNJ untuk mengharamkan seumur hidup IJF dari memasuki mana-mana stadium di negeri ini.

Selain akur dengan titah Tunku Ismail, IJF dalam kenyataan sama turut menyatakan kumpulan mereka dibubarkan serta-merta, selain melontarkan pertanyaan kepada umum mengenai insiden kecoh selepas pertembungan Malaysia dan Vietnam.

“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam Selangor, semua pihak menuding jari ke arah kami kononnya kami punca semuanya. Bukan nak menafikan, tetapi di sini, saya ingin bertanya berapa ramaikah bertopeng dan berjaket hitam di stadium semalam?

“Adakah semuanya datang dari IJF? Fenomena bertopeng ini bukan sahaja pada IJF malah seluruh Malaysia. Bukan sahaja kami malah BOS (Boys Of Straits), UM (Ultras Malaya) serta ‘fans’ biasa pun memakai topeng,” jelas IJF.

IJF turut mempersoalkan sama ada benarkah IJF yang memukul penyokong Vietnam dan adakah individu yang dikaitkan dengan kumpulan itu benar-benar ahli IJF atau tidak.

“Isu memukul ‘fans’ Vietnam, adakah betul IJF yang buat? Mengenai akaun FB yang dah jadi viral satu Malaysia, adakah benar dia budak IJF? Sekarang ni ramai yang mengaku IJF. -SinarHarian

Tuesday, July 8, 2014

Rumah Dirompak, Yusof Haslam Lepaskan Tembakan

Kuala Lumpur: Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya ditingkat bawah rumah mangsa.

Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.
Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.-Hmetro-

Gambar Rumah 6 Tingkat Datuk Yusof Haslam