Thursday, March 24, 2011

Senarai calon BN Sarawak akan dikemukakan kepada PM awal April

Senarai calon BN Sarawak akan dikemukakan kepada PM awal April


2011/03/24KUCHING: Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk disahkan awal bulan depan.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata senarai calon sedangdalam proses untuk dimuktamadkan."Saya mempunyai temu janji dengan Perdana Menteri (Pengerusi BN) pada awalbulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perdagangan
Bangunan Keenam 2011 (BTS 2011), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai peluang BN dalam menghadapi pakatan pembangkang yang dikatakan lebih bersedia, Taib, yang juga Ketua Menteri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata: "Saya serahkan kepada Allah tetapi akan bersyukur sekiranya BN boleh memperoleh majoriti lebih dua pertiga."

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April dan tarikh penamaan calon ditetapkan 6 April ini.
Ditanya mengenai rancangan persaraannya, Taib, 75, berkata, beliau ingin
bekerja sedikit bagi mengisi masa tetapi tidak ingin bekerja di bawah tekanan.

Pada Sabtu lalu, Taib, yang memegang jawatan Ketua Menteri paling lama
sejak March 1981 berkata, beliau akan berundur pada pertengahan penggal baru
bagi memastikan peralihan kepimpinan dapat berjalan lancar dan teratur.

Pada pilihan raya negeri 20 Mei, 2006, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP menguasai enam kerusi serta
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) menerusi wakil rakyat
Bebas, masing-masing, menguasai satu kerusi. - BERNAMA



View the Original article

No comments:

Post a Comment