Thursday, March 24, 2011

Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE

Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE


2011/03/24KUALA LUMPUR: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pada hari ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan perananpenting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatankesihatan, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuandan pada masa yang sama, memantapkan lagi ekonomi dunia.
"Semenjak tidak kurang dari empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat
sehingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," kata beliau
pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini hari ini.

Najib juga meminta persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) bumiputera
supaya perlu lebih sensitif kepada pergerakan dan permintaan pasaran danmempunyai keupayaan untuk memperoleh projek serta peluang bagi anggota-anggota
mereka dalam usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud di antara bumiputera dan
golongan lain.

Katanya, sebagai persatuan bumiputera, adalah menjadi tanggungjawab setiap persatuan untuk mengetahui dan merasai nadi keperluan anggota-anggotanya.

"Persatuan harus menerajui inisiatif ke arah memenuhi keperluan-keperluan ini serta mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dilalui anggota-anggota. Perkara ini amat penting untuk memastikan isu-isu industri yang
dihadapi oleh peniaga Bumiputera dapat diatasi," katanya.

Sebanyak 13 anugerah telah disampaikan pada majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani itu.

Antara pemenang anugerah ialah Century Software Sdn Bhd bagi kategori Produk
Perisian Bumiputera Terbaik, Reza Razali (Anugerah Usahawan Tekno Bumiputera
Muda Terbaik), Lotdotmy Sdn Bhd (Anugerah Aplikasi Media Baru Bumiputera
Terbaik) dan Les' Copaque Production Sdn Bhd (Anugerah Khas: NEF-Awani Tun Dr
Mahathir). - BERNAMA

View the Original article

No comments:

Post a Comment