Thursday, March 24, 2011

Chong Wei tetap tunggu kepulangan Misbun ke pangkuan BAM

Chong Wei tetap tunggu kepulangan Misbun ke pangkuan BAM


2011/03/24KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek untuk kembali membimbingnya, meskipun hampir empat bulan meletak jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei, yang baru dinobatkan juara All-England, berkata beliau memerlukanbantuan Misbun bagi menghadapi cabaran membawa pulang pingat emas pertama negaradari Sukan Olimpik London tahun depan."Saya harap Misbun akan kembali. Sukan Olimpik semakin dekat dan kehadiran
Misbun amat penting untuk membantu saya," katanya kepada pemberita selepas
mengumumkan majlis amal 'Hope & Smile' bagi mengumpul derma bagi mangsa gempa
bumi dan tsunami di Jepun, di sini, hari ini.

Chong Wei berkata, beliau akan menunggu mesyuarat BAM pada 1 April ini yang
dijangka membincangkan isu Misbun serta kedudukan pembantu jurulatih TeySiu Bock yang kini membantu pemain nombor satu dunia itu.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember tahun
lalu dan sejak itu mengelakkan diri daripada pihak media yang ingin mengetahui punca sebenar tindakannya.

Walaupun BAM dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menghantar surat tawaran memujuk beliau menyambung kontrak dengan BAM, Misbun sehingga kini masih belum memberi sebarang jawapan.

Ketika ditanya bagaimana sekiranya Misbun tetap dengan pendirian untuk tidak
kembali kepada BAM, Chong Wei berkata, beliau akan tetap menunggu kepulangan
Misbun.

Chong Wei berazam membantu mengumpul sekurang-kurangnya RM1 juta melalui
majlis amal 'Hope & Smile' di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) pada
April dan di Bukit Kiara, di sini pada keesokannya.

Jaguh negara itu akan menyumbangkan raket dan dua pasang pakaian yang
digunakan beliau semasa menjuarai Kejohanan All-England dua minggu lepas bagi
acara lelongan di samping menyertai perlawanan persahabatan. - BERNAMA



View the Original article

No comments:

Post a Comment