Thursday, March 24, 2011

KDRM KLIA tahan wanita Vietnam, rampas dadah RM567,000

KDRM KLIA tahan wanita Vietnam, rampas dadah RM567,000


2011/03/24NILAI: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala (KLIA) menahan seorang wanita Vietnam di KLIA dan merampas 2.266 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai kira-kira RM567,000 tiga hari lalu.

Pengarahnya, Datuk Govinden Mutosamy, berkata wanita berusia 30-an yang baru tiba dengan penerbangan Thai Airways itu ditahan pada kira-kira jam 8.50 malam.Beliau berkata, pihaknya menemui enam bungkusan plastik mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu itu selepas memeriksa dua beg kecil yang ditemui dalam sebuah beg pakaian seorang penumpang yang barutiba, Isnin lepas."Bahan disyaki dadah itu disembunyikan di dalam lapisan kain dinding bahagian belakang, tengah dan hadapan pada setiap beg kecil itu," katanya pada persidangan akhbar di Ibu Pejabat Kastam Narkotik, Kampung Jijan dekat sini, hari ini.

Katanya, wanita yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Kuala Lumpur itu ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Govinden berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Iran yang tiba di KLIA dengan penerbanagan Kuwait Airways pada 11 Mac lalu dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 5.4 kilogram bernilai RM1.4 juta.

Beliau berkata, lelaki berumur 20-an itu ditahan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas imbasan pada bagasinya menampakkan imej yang meragukan.
"Hasil pemeriksaan, kami berjaya menemui enam bungkusan plastik serbuk kristal jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 5.4 kilogram yang nilai pasaran dianggar RM1.4 juta.

"Dokumen perjalanan yang diperiksa menunjukkan lelaki itu dalam perjalanan dari Kuwait ke Kuala Lumpur. Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.- BERNAMA



View the Original article

No comments:

Post a Comment