Thursday, March 24, 2011

Clijsters tarik diri daripada kejohanan tenis di Jepun

Clijsters tarik diri daripada kejohanan tenis di Jepun


2011/03/24TOKYO: Bekas pemain nombor satu dunia, Kim Clijsters menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Pan Pacific di Tokyo pada September ini berikutan kebimbangan krisis di loji nuklear negara berkenaan.

Clijsters berkata, dia berharap untuk beraksi di Jepun apabila keadaan mengizinkan selepas menyuarakan kebimbangan menerusi laman sosial Twitter berkaitan kesan radiasi dari loji nuklear Fukushima yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu."Saya sering rasa diri saya ada hubungan rapat dengan Jepun. Saya ada banyak kenangan indah beraksi dalam acara beregu bersama Ai Sugiyama di Jepun," kata pemain nombor dua dunia berusia 27 tahun itu."Saya doakan setiap orang bersabar, kuatkan semangat dan saya akan datang ke Tokyo apabila keadaan mengizinkan," katanya. - AFP




View the Original article

No comments:

Post a Comment