Thursday, March 24, 2011

Khalid yakin 'komisyen projek' tak berlaku

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa parti DAP mendapat komisyen daripada projek kerajaan Selangor di kawasan Seri Kembangan.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau yakin sumbangan yang didakwa telah diberikan kepada parti DAP itu tidak berlaku.

Sumbangan itu telah diberikan oleh empat syarikat yang telah menerima projek daripada kerajaan negeri bagai kawasan berkenaan, seperti didakwa.

Mengulas lanjut, Khalid berkata isu berkenaan juga “bukan perkara kerajaan negeri.”

Namun, beliau tetap mengkategorikan perbuatan seperti itu sebagai perbuatan rasuah, sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Kerajaan negeri tidak ada mempunyai peruntukan untuk... siapa dapat kontrak boleh (beri) sumbangan.

"Itu salah. Itu rasuah," katanya ringkas ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Isu itu timbul ekoran satu pendedahan yang dibuat oleh seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kelmarin dalam satu inkuiri siasatan diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Dalam inkuiri itu, pegawai kanan berkenaan, Hairul Ilham Hamzah berkata, Teoh menjadi saksi siasatan SPRM Selangor bagi satu siasatan mengenai peruntukan yang didakwa telah digelapkan oleh beberapa wakil rakyat Selangor.



View the Original article

No comments:

Post a Comment