KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin
Idris Shah mengingatkan seluruh lapisan umat Islam di negeri itu, supaya
sentiasa peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat kerana
dikhuatiri akan memecah belahkan keharmonian sejagat.
Baginda
bertitah jika semua pihak tidak bekerjasama memberikan maklumat
mengenai penyebaran ajaran sesat, pengaruhnya yang bergerak secara
kecil-kecilan pada mulanya dibimbangi mampu berkembang hingga sukar
dibendung.
"Perkembangan ajaran sesat boleh mengelirukan
serta memesongkan akidah umat Islam di negeri ini. Akibatnya, umat Islam
akan berpecah belah, hidup dalam suasana persengketaan dan tidak
dihormati oleh masyarakat lain," titah baginda hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian sebelum merasmikan Masjid Ar-Ridhuan, Simpang Empat, Jeram di sini.
Baginda
turut menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula perlu
memastikan penceramah dan tenaga pengajar berkenaan agama Islam
mempunyai tauliah yang diiktiraf, selain mematuhi peraturan dan garis
panduan yang ditetapkan.
Titah baginda, Jais juga perlu
mengawasi semua aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau supaya
penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dan diambil tindakan serta merta,
sebelum gejala itu semakin berleluasa.
"Beta ingin
mengingatkan sekali lagi kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid
serta umat Islam di daerah ini, supaya sentiasa berwaspada terhadap
mereka yang cuba mempengaruhi umat Islam untuk mengembangkan fahaman
atau ajaran Islam yang sesat seperti difatwakan Jabatan Mufti dan Jais.
Laporan
atau aduan bolehlah dikemukakan kepada pegawai dan anggota jawatankuasa
masjid untuk dikemukakan kepada Jais atau berurusan terus dengan Jais,"
titah baginda.
Sultan Selangor turut menyeru umat Islam di
negeri itu supaya menggunakan masjid dan surau sebagai tempat kondusif
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat. - BERNAMA
Browsing "Older Posts"
Friday, December 5, 2014
Alvin Tan Hina Sultan Selangor
SHAH ALAM - Blogger kontroversi, Alvin Tan sekali lagi mengundang kemarahan
rakyat di negara ini apabila telah memuat naik kenyataan yang menghina
Sultan Selangor di dalam laman Facebooknya, semalam.
Kebiadaban Alvin yang mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendapat kecaman daripada NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
"Tindakan pemilik akaun Facebook itu bukan hanya tidak bertanggungjawab selain menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang tidak memahami isu sebenar di sebalik penarikan tersebut.
"Pemilik akaun laman sosial itu tidak memahami bidang kuasa Sultan Selangor yang mempunyai hak prerogatif (hak istimewa) sama ada memilih atau menentukan untuk mengurniakan atau menarik kembali Darjah Kebesaran daripada mana-mana individu," kata Yang Dipertua Perkasa Malaysia, Abu Bakar Yahya dalam satu kenyataannya.
Kira-kira sebelas jam lalu, blogger seks itu menimbulkan kontroversi baharu apabila telah menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya.
Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik posting bak kut teh pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar tidak berpakaian bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.
Mengulas lanjut, Abu Bakar turut menyifatkan tindakan Alvin itu sebagai cubaan menghasut orang ramai untuk mencemarkan nama baik institusi Diraja itu.
"Tindakan Alvin ini jelas satu cubaan menghasut dengan menyimbah kata-kata nista yang dilihat mahu mencemarkan imej serta kedudukan raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan kebudak-budakan ini jelas tidak memberi keuntungan kepada semua pihak bahkan kita khuatir sekiranya tiada tindakan dilakukan ia akan menggalakkan lagi kepada pelbagai siri-siri penghinaan terhadap institusi-institusi di bawah Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya lagi jika benar penghinaan itu dilakukan oleh individu sama yang pernah mencetuskan kontroversi menyentuh sensitiviti umat Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sewajarnya menyiasat perkara itu dengan segera.
"Di samping itu juga, Perkasa Selangor akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.
"Semua pihak mesti menghormati bidang kuasa institusi beraja di negara ini serta perkara-perkara sensitif lain yang telah termaktub di dalam Perlembagaan," katanya lagi.
Sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/hina-sultan-perkasa-selangor-kecam-alvin-tan-1.339399

Punca Gelaran 'Dato' Seri' Anwar Ibrahim Ditarik Sultan Selangor
PETALING JAYA: Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang telah dianugerah
oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik
balik berkuatkuasa 3 November.
Mengutip laporan The Star hari ini, pihak Istana mengeluarkan satu pernyataan hari ini berkenaan titah Baginda Sultan untuk menarik balik Darjah Kebesaran tersebut kerana tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang sering mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.
“Baginda Sutan dalam konsultasi dengan Majlis Raja-Raja Selangor memutuskan bahawa Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang di anugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik baik berkuatkuasa 3 November, yang menjadi hak Tuanku di dalam Perlembagaan Negeri Selangor.”
“Keputusan ini dibuat ekoran tindakan Anwar yang berulangkali mempersoal integriti Sultan Selangor dan institusi Raja-Raja dalam menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor serta isu-isu berkaitan dengan Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Tambah beliau, tindakan penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang Darjah Kebesaran itu.
Punca Gelaran Ditarik Balik
Sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/04/sultan-selangor-tarik-datuk-seri-dari-anwar-ibrahim/

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)