Friday, December 5, 2014

Punca Gelaran 'Dato' Seri' Anwar Ibrahim Ditarik Sultan Selangor

 PETALING JAYA: Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang telah dianugerah oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Mengutip laporan The Star hari ini, pihak Istana mengeluarkan satu pernyataan hari ini berkenaan titah Baginda Sultan untuk menarik balik Darjah Kebesaran tersebut kerana tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang sering mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.

“Baginda Sutan dalam konsultasi dengan Majlis Raja-Raja Selangor memutuskan bahawa Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang di anugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik baik berkuatkuasa 3 November, yang menjadi hak Tuanku di dalam Perlembagaan Negeri Selangor.”

“Keputusan ini dibuat ekoran tindakan Anwar yang berulangkali mempersoal integriti Sultan Selangor dan institusi Raja-Raja dalam menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor serta isu-isu berkaitan dengan Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambah beliau, tindakan penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang Darjah Kebesaran itu.

Punca Gelaran Ditarik Balik


Sumber
 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/04/sultan-selangor-tarik-datuk-seri-dari-anwar-ibrahim/

No comments:

Post a Comment