SHAH ALAM - Blogger kontroversi, Alvin Tan sekali lagi mengundang kemarahan
rakyat di negara ini apabila telah memuat naik kenyataan yang menghina
Sultan Selangor di dalam laman Facebooknya, semalam.
Kebiadaban Alvin yang mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris
Shah menarik balik Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri'
daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendapat
kecaman daripada NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
"Tindakan pemilik akaun Facebook itu bukan hanya tidak bertanggungjawab
selain menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang tidak memahami
isu sebenar di sebalik penarikan tersebut.
"Pemilik akaun laman sosial itu tidak memahami bidang kuasa Sultan
Selangor yang mempunyai hak prerogatif (hak istimewa) sama ada memilih
atau menentukan untuk mengurniakan atau menarik kembali Darjah
Kebesaran daripada mana-mana individu," kata Yang Dipertua Perkasa
Malaysia, Abu Bakar Yahya dalam satu kenyataannya.
Kira-kira sebelas jam lalu, blogger seks itu menimbulkan kontroversi
baharu apabila telah menghina institusi Diraja Selangor secara
terang-terangan dalam akaun Facebooknya.
Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan
Selangor itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan
catatan lokasi di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan
serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik posting bak kut teh pada
bulan Ramadan tahun lepas dan gambar tidak berpakaian bersama
pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.
Mengulas lanjut, Abu Bakar turut menyifatkan tindakan Alvin itu sebagai
cubaan menghasut orang ramai untuk mencemarkan nama baik institusi
Diraja itu.
"Tindakan Alvin ini jelas satu cubaan menghasut dengan menyimbah
kata-kata nista yang dilihat mahu mencemarkan imej serta kedudukan
raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan kebudak-budakan ini jelas tidak memberi keuntungan kepada
semua pihak bahkan kita khuatir sekiranya tiada tindakan dilakukan ia
akan menggalakkan lagi kepada pelbagai siri-siri penghinaan terhadap
institusi-institusi di bawah Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya lagi jika benar penghinaan itu dilakukan oleh
individu sama yang pernah mencetuskan kontroversi menyentuh sensitiviti
umat Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
sewajarnya menyiasat perkara itu dengan segera.
"Di samping itu juga, Perkasa Selangor akan membuat laporan polis dalam
masa terdekat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak
berkuasa.
"Semua pihak mesti menghormati bidang kuasa institusi beraja di negara
ini serta perkara-perkara sensitif lain yang telah termaktub di dalam
Perlembagaan," katanya lagi.
Sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/hina-sultan-perkasa-selangor-kecam-alvin-tan-1.339399
Browsing "Older Posts"
Friday, December 5, 2014
Punca Gelaran 'Dato' Seri' Anwar Ibrahim Ditarik Sultan Selangor
PETALING JAYA: Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang telah dianugerah
oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik
balik berkuatkuasa 3 November.
Mengutip laporan The Star hari ini, pihak Istana mengeluarkan satu pernyataan hari ini berkenaan titah Baginda Sultan untuk menarik balik Darjah Kebesaran tersebut kerana tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang sering mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.
“Baginda Sutan dalam konsultasi dengan Majlis Raja-Raja Selangor memutuskan bahawa Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang di anugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik baik berkuatkuasa 3 November, yang menjadi hak Tuanku di dalam Perlembagaan Negeri Selangor.”
“Keputusan ini dibuat ekoran tindakan Anwar yang berulangkali mempersoal integriti Sultan Selangor dan institusi Raja-Raja dalam menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor serta isu-isu berkaitan dengan Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
Tambah beliau, tindakan penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang Darjah Kebesaran itu.
Punca Gelaran Ditarik Balik
Sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/04/sultan-selangor-tarik-datuk-seri-dari-anwar-ibrahim/

5000 Ekor Kerbau Dikorbankan Dalam Perayaan Gadhimai
NEPAL, (MLP) - Dianggarkan lebih 5000 ekor kerbau telah disembelihkan di sini dalam acara pengorbanan haiwan yang terbesar di dunia.
Tikus, burung, ayam, kambing dan khinzir juga dikorbankan sempena perayaan Gadhimai.
Penganut-penganut mempunyai kepercayaan bahawa ini akan membawa tuah dan akan menggalakkan dewi Gadhimai untuk menunaikan hasrat mereka.
Perayaan ini diadakan setiap 5 tahun dan pada tahun 2009 dilaporkan bahawa kira-kira 200,000 binatang telah dikorban.
Ritual bermula sebelum subuh di luar kuil Gadhimai di Bariyarpur , di mana seorang paderi akan menitiskan darahnya sendiri dan campurkan darahnya itu dengan darah seekor tikus, ayam, merpati, kambing dan khinzir.
Kebanyakan pengunjung ke perayaan ini datang dari negara jiran, India walaupun negara itu telah mengharamkan eksport binatang ke Nepal untuk perayaan ini. Pihak berkuasa di Nepal dengan sekeras-kerasnya mempertahankan perayaan ini sebagai lambang tradisi lama.
Sumber
http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/629174/5000-kerbau-dikorban-untuk-membawa-tuah

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)