Browsing "Older Posts"

Friday, December 5, 2014

Alvin Tan Hina Sultan Selangor

SHAH ALAM - Blogger kontroversi, Alvin Tan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat di negara ini apabila telah memuat naik kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam laman Facebooknya, semalam.

Kebiadaban Alvin yang mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendapat kecaman daripada NGO  Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

"Tindakan pemilik akaun Facebook itu bukan hanya tidak bertanggungjawab selain menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang tidak memahami isu sebenar di sebalik penarikan tersebut.

"Pemilik akaun laman sosial itu tidak memahami bidang kuasa Sultan Selangor yang mempunyai hak prerogatif (hak istimewa) sama ada memilih atau menentukan untuk mengurniakan atau menarik kembali Darjah Kebesaran  daripada mana-mana individu," kata Yang Dipertua Perkasa Malaysia, Abu Bakar Yahya dalam satu kenyataannya.

Kira-kira sebelas jam lalu, blogger seks itu menimbulkan kontroversi baharu apabila telah menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya.

Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik posting bak kut teh pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar tidak berpakaian bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.

Mengulas lanjut, Abu Bakar turut menyifatkan tindakan Alvin itu sebagai cubaan menghasut orang ramai untuk mencemarkan nama baik institusi Diraja itu.

"Tindakan Alvin ini jelas satu cubaan menghasut dengan menyimbah kata-kata nista yang dilihat mahu mencemarkan imej serta kedudukan raja-raja yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tindakan kebudak-budakan ini jelas tidak memberi keuntungan kepada semua pihak bahkan kita khuatir sekiranya tiada tindakan dilakukan ia akan menggalakkan lagi kepada pelbagai siri-siri penghinaan terhadap institusi-institusi di bawah Perlembagaan Persekutuan," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya lagi jika benar penghinaan itu dilakukan oleh individu sama yang pernah mencetuskan kontroversi menyentuh sensitiviti umat Islam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sewajarnya menyiasat perkara itu dengan segera.

"Di samping itu juga, Perkasa Selangor akan membuat laporan polis dalam masa terdekat  supaya tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa.

"Semua pihak mesti menghormati bidang kuasa institusi beraja di negara ini serta perkara-perkara sensitif lain yang telah termaktub di dalam Perlembagaan," katanya lagi.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/hina-sultan-perkasa-selangor-kecam-alvin-tan-1.339399

Punca Gelaran 'Dato' Seri' Anwar Ibrahim Ditarik Sultan Selangor

 PETALING JAYA: Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang telah dianugerah oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November.

Mengutip laporan The Star hari ini, pihak Istana mengeluarkan satu pernyataan hari ini berkenaan titah Baginda Sultan untuk menarik balik Darjah Kebesaran tersebut kerana tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang sering mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.

“Baginda Sutan dalam konsultasi dengan Majlis Raja-Raja Selangor memutuskan bahawa Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang di anugerahkan kepada Anwar Ibrahim ditarik baik berkuatkuasa 3 November, yang menjadi hak Tuanku di dalam Perlembagaan Negeri Selangor.”

“Keputusan ini dibuat ekoran tindakan Anwar yang berulangkali mempersoal integriti Sultan Selangor dan institusi Raja-Raja dalam menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor serta isu-isu berkaitan dengan Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambah beliau, tindakan penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang Darjah Kebesaran itu.

Punca Gelaran Ditarik Balik


Sumber
 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/04/sultan-selangor-tarik-datuk-seri-dari-anwar-ibrahim/

5000 Ekor Kerbau Dikorbankan Dalam Perayaan Gadhimai

NEPAL, (MLP) -  Dianggarkan lebih 5000 ekor kerbau telah disembelihkan di sini dalam acara pengorbanan haiwan yang terbesar di dunia.

Tikus, burung, ayam, kambing dan khinzir juga dikorbankan sempena perayaan Gadhimai.

Penganut-penganut mempunyai kepercayaan bahawa ini akan membawa tuah dan akan menggalakkan dewi Gadhimai untuk menunaikan hasrat mereka.

Perayaan ini diadakan setiap 5 tahun dan pada tahun 2009 dilaporkan bahawa kira-kira 200,000 binatang telah dikorban.

Ritual bermula sebelum subuh  di luar kuil Gadhimai di Bariyarpur , di mana seorang paderi akan menitiskan darahnya sendiri dan campurkan darahnya  itu dengan darah seekor tikus, ayam, merpati, kambing dan khinzir.

Kebanyakan pengunjung ke perayaan ini datang dari negara jiran, India walaupun negara itu telah mengharamkan eksport binatang ke Nepal untuk perayaan ini. Pihak berkuasa di Nepal dengan sekeras-kerasnya mempertahankan perayaan ini sebagai lambang tradisi lama.

Sumber
http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/629174/5000-kerbau-dikorban-untuk-membawa-tuah