Tuesday, December 9, 2014

Bible Dalam Bahasa Melayu dan IBan Diharamkan Di Selangor

Susulan tindakan mengecap kata-kata amaran di Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban oleh pihak berkuasa agama Islam Selangor, melarang ia digunakan di negeri itu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengatakan "larangan menyeluruh" itu tidak realistik.
Pengerusi CFM Rev Dr Eu Hong Seng berkata, selain mereka yang berada di Malaysia Barat, terdapat ribuan lagi rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal dan bekerja di Selangor yang hanya mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Eu merujuk kepada larangan menyeluruh yang disebut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam kenyataan media bertarikh 14 November apabila Bible yang dirampas awal tahun itu diserahkan kembali kepada penganut Kristian melalui Persatuan Gereja Sarawak.
"CFM melihat dengan penuh kebimbangan perenggan akhir kenyataan Mais yang berbunyi '... dan berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi perkataan 'Allah' tidak lagi dibuat di Negeri Selangor, kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988'," kata Eu.
Kenyataannya itu berikutan kenyataan Persatuan Bible Malaysia (PBM) semalam, yang marah dengan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu mencetak cap peringatan dengan tulisan merah pada lebih 300 naskhah AlKitab (Bible Bahasa Malaysia) dan Bup Kudus (bahasa Iban) yang sebelum itu disimpan mereka selama 10 bulan sejak Januari.
Katanya, Archbishop Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Pakiam dan CFM, kedua-duanya pernah menyatakan penggunaan AlKitab yang mengandungi kalimah 'Allah' akan terus digunakan semasa upacara Kristian bagi mereka yang bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan tinggal di Semenanjung.
"Memaksa penganut Kristian di Malaysia berhenti menggunakan AlKitab adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama, di mana Klausa (3)(a) menyatakan 'semua agama berhak menguruskan hal ehwal agama masing-masing.'
"Ia merupakan satu ketidakadilan yang melampau terhadap penganut Kristian di Malaysia yang hanya menggunakan Bahasa Malaysia ketika beribadat dan untuk Bible mereka, dan menggunakan bahasa itu sejak berabad lama," kata Eu.
Sambil mengingatkan yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berulang kali memberi jaminan akan menegakkan semangat penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui sebelum ini, beliau menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri segera berusaha ke arah memastikan ia benar-benar satu penyelesaian, dan bukannya satu kepalsuan yang menyebabkan kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.
"Perdana menteri dan Jemaah menteri pada 31 Oktober 2014 memberi jaminan yang penyelesaian 10 perkara itu akan dijelaskan kepada semua kakitangan awam dan terbaru pada 14 November, perdana menteri meletakkan 'masalah' berkenaan 'isu Allah' itu ke atas kakitangan awam dan memberitahu mereka yang rampasan dan sekatan bukan sebahagian daripada penyelesaian yang dijanjikan dalam surat beliau kepada CFM bertarikh 11 April 2011," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin Kristian marah dengan cap yang dicetak di atas naskhah Bible itu sebelum ia diserahkan kepada penganut Kristian Sarawak bulan lepas.
Presiden PBM Datuk Ng Moon Hing menuntut pihak berkuasa agama Selangor memohon maaf kerana 'mencemar' Bible itu kerana Putrajaya, pada bulan March 2011, berjanji tidak akan mengulangi perkara itu selepas insiden sama di Sarawak melibatkan konsaimen bernilai RM70,000 yang ditahan di Pelabuhan Kuching sejak 2009.  -TheMalaysianInsider

1 comment:

  1. SALAM KOMPAK SELALU….dan selamat buat yg JUPE hari ini.
    KALAU ANDA INGIN TAU INFO TOGEL, KENAL,KAN NAMA AWA IBU SRI YUNITA, KAMI TINGGAL SARAWAK PEKERJAAN USAHA KECI-KECI LAH, DAN TUKAN MASAK DI RESTORAN ,SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA KI JAYA NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA KY JAYA BERKAT ANGKA YANG DI BAGI SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTA ANGKA,4D…5D…DAN 6D…
    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    SPORTS,TOTO 4D,5D, 6D ,7-4-9-3-6-3
    SIAPA TAU AWA SEMUA MAU SILAH KAN GABUNG SAMA KAMI,DI BOCORAN RAMALAN TOGEL,KI JAYA…
    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,18,02 ,2015…
    ….
    SEMUA UTANG UTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI SEMUA,KAMI PUN BISAH MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI AKI/SMS KE NMR INI,085-321-606-847—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [3] KALI PUTARAN…
    ATAU, KUNGJUNGGI, BLOG, KI JAYA…
    DAN SUKUR ALHANDULILLA MENANG LAGI, …
    Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada KI JAYA yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang …Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari KI JAYA yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih KI …Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apakaH 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja Pada KI JAYA…di nmr hpnya [085-321-606-847] pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!
    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos
    angka ritual gaib kuda lari
    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MAKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA RITUAL ADA PADA KI JAYA…..
    Di jamin anda pasti menang seperti kami >>>>>>


















    ReplyDelete