PETALING JAYA: Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang telah dianugerah
oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik
balik berkuatkuasa 3 November.
Mengutip laporan The Star hari ini, pihak Istana mengeluarkan satu
pernyataan hari ini berkenaan titah Baginda Sultan untuk menarik balik
Darjah Kebesaran tersebut kerana tindak-tanduk Anwar Ibrahim yang sering
mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan
juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.
“Baginda Sutan dalam konsultasi dengan Majlis Raja-Raja Selangor
memutuskan bahawa Darjah Kebesaran ‘Datuk Seri’ yang di anugerahkan
kepada Anwar Ibrahim ditarik baik berkuatkuasa 3 November, yang menjadi
hak Tuanku di dalam Perlembagaan Negeri Selangor.”
“Keputusan ini dibuat ekoran tindakan Anwar yang berulangkali
mempersoal integriti Sultan Selangor dan institusi Raja-Raja dalam
menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor serta isu-isu berkaitan
dengan Islam,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad
Munir Bani.
Tambah beliau, tindakan penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang Darjah Kebesaran itu.
Punca Gelaran Ditarik Balik
Sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/04/sultan-selangor-tarik-datuk-seri-dari-anwar-ibrahim/
Browsing "Older Posts"
Friday, December 5, 2014
5000 Ekor Kerbau Dikorbankan Dalam Perayaan Gadhimai
NEPAL, (MLP) - Dianggarkan lebih 5000 ekor kerbau telah disembelihkan di sini dalam acara pengorbanan haiwan yang terbesar di dunia.
Tikus, burung, ayam, kambing dan khinzir juga dikorbankan sempena perayaan Gadhimai.
Penganut-penganut mempunyai kepercayaan bahawa ini akan membawa tuah dan akan menggalakkan dewi Gadhimai untuk menunaikan hasrat mereka.
Perayaan ini diadakan setiap 5 tahun dan pada tahun 2009 dilaporkan bahawa kira-kira 200,000 binatang telah dikorban.
Ritual bermula sebelum subuh di luar kuil Gadhimai di Bariyarpur , di mana seorang paderi akan menitiskan darahnya sendiri dan campurkan darahnya itu dengan darah seekor tikus, ayam, merpati, kambing dan khinzir.
Kebanyakan pengunjung ke perayaan ini datang dari negara jiran, India walaupun negara itu telah mengharamkan eksport binatang ke Nepal untuk perayaan ini. Pihak berkuasa di Nepal dengan sekeras-kerasnya mempertahankan perayaan ini sebagai lambang tradisi lama.
Sumber
http://news.mylaunchpad.com.my/news/world/article/articleid/629174/5000-kerbau-dikorban-untuk-membawa-tuah

Tuesday, July 8, 2014
Rumah Dirompak, Yusof Haslam Lepaskan Tembakan
Kuala Lumpur: Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya ditingkat bawah rumah mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.
Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.
Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.
Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.-Hmetro-
Gambar Rumah 6 Tingkat Datuk Yusof Haslam

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)