SEORANG lelaki di India menjadi terkenal gara-gara melakukan pelbagai aksi yoga di atas motosikal yang sedang bergerak pada kelajuan 60km sejam.
Gugulotu Lachiram, 40, cukup dikenali di daerahnya gara-gara kemampuannya melakukan aksi yang dianggap berbahaya tersebut.
Lebih mengejutkan, lelaki ini melakukan aksi-aksi tersebut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.
"Saya suka mengambil risiko. Sehingga ke hari ini, saya belum mengalami kemalangan.
"Kadang-kadang saya berasa takut untuk melakukan aksi ini, tapi perasaan itu membuatkan saya gembira," katanya kepada Express UK.
Katanya lagi, dia bercadang untuk meneruskan aksi tersebut sehingga usianya mencecah 65 tahun.
"Dulu orang kampung cakap saya gila, tapi kini mereka menyokong tindakan saya," katanya. -SinarHarian
Browsing "Older Posts"
Tuesday, December 9, 2014
Bayi Dilahirkan Dengan Rambut Beruban di Lubnan
Beirut: Kelahiran seorang bayi dengan rambut beruban di kem pelarian Syria di Lubnan menjadi viral di negara itu. Ramai pengguna laman sosial menyifatkannya sebagai lambang kepada krisis yang berlaku di Syria.
Akhbar di Lubnan melaporkan, bayi lelaki itu dilahirkan oleh seorang pelarian Syria di Lubnan tetap tidak menyebut di mana.
Gambar bayi berkenaan dimuat naik di beberapa laman sosial negara itu. Ada yang berkata, ia berpunca daripada penyakit sementara yang lain mendakwa, ia petanda hari kiamat sudah hampir.
“Keadaan bayi itu menggambarkan keadaan di Syria. Semoga Allah membantu ibu dan keluarganya. Ibunya melahirkannya selepas dia mengharungi tragedi. Semoga Allah membantu rakyat Syria,” komen seorang pembaca.
Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7062

Monday, December 8, 2014
Kembar Siam, Asa dan Eli Meninggal Selepas Sehari Dilahirkan
ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) – Sepasang bayi kembar siam lelaki yang dilahirkan di sini pada minggu lalu telah meninggal dunia, menurut pengumuman ibu bapa mereka.
“Kembar Siam kami meninggal dunia Jumaat lalu,” kata bapa bayi tersebut dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.
Pasangan kembar Siam itu, Asa dan Eli lahir melalui kaedah pembedahan di Hospital Northside di sini pada pagi Khamis lalu.
Mereka merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Michael dan Robin Hamby.
Kembar Siam itu bercantum pada bahagian tangan dan kaki. Mereka tidak dapat dipisahkan kerana turut berkongsi jantung dan sistem saluran darah.
Lewat malam Jumaat lalu, Michael memuat naik mesej selama lapan minit dengan Robin turut berada di sisinya.
“Saya dengan dukacitanya memaklumkan bahawa anak kembar lelaki kami meninggal dunia pada pukul 5 petang hari ini (Jumaat lalu),” katanya. – Agensi
Sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)