Browsing "Older Posts"

Tuesday, December 9, 2014

Bayi Dilahirkan Dengan Rambut Beruban di Lubnan

Beirut: Kelahiran seorang bayi dengan rambut beruban di kem pelarian Syria di Lubnan menjadi viral di negara itu. Ramai pengguna laman sosial menyifatkannya sebagai lambang kepada krisis yang berlaku di Syria.

Akhbar di Lubnan melaporkan, bayi lelaki itu dilahirkan oleh seorang pelarian Syria di Lubnan tetap tidak menyebut di mana.

Gambar bayi berkenaan dimuat naik di beberapa laman sosial negara itu. Ada yang berkata, ia berpunca daripada penyakit sementara yang lain mendakwa, ia petanda hari kiamat sudah hampir.

“Keadaan bayi itu menggambarkan keadaan di Syria. Semoga Allah membantu ibu dan keluarganya. Ibunya melahirkannya selepas dia mengharungi tragedi. Semoga Allah membantu rakyat Syria,” komen seorang pembaca.

Sumber
http://www.hmetro.com.my/node/7062

Monday, December 8, 2014

Kembar Siam, Asa dan Eli Meninggal Selepas Sehari Dilahirkan

ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) – Sepasang bayi kembar siam lelaki yang dilahirkan di sini pada minggu lalu telah meninggal dunia, menurut pengumuman ibu bapa mereka.

“Kembar Siam kami meninggal dunia Jumaat lalu,” kata bapa bayi tersebut dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Pasangan kembar Siam itu, Asa dan Eli lahir melalui kaedah pembedahan di Hospital Northside di sini pada pagi Khamis lalu.

Mereka merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Michael dan Robin Hamby.

Kembar Siam itu bercantum pada bahagian tangan dan kaki. Mereka tidak dapat dipisahkan kerana turut berkongsi jantung dan sistem saluran darah.

Lewat malam Jumaat lalu, Michael memuat naik mesej selama lapan minit dengan Robin turut berada di sisinya.

“Saya dengan dukacitanya memaklumkan bahawa anak kembar lelaki kami meninggal dunia pada pukul 5 petang hari ini (Jumaat lalu),” katanya. – Agensi

Sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Friday, December 5, 2014

Ajaran Sesat Di Selangor - Sultan Titah Supaya Waspada

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan seluruh lapisan umat Islam di negeri itu, supaya sentiasa peka dan tidak memandang ringan kegiatan ajaran sesat kerana dikhuatiri akan memecah belahkan keharmonian sejagat.
  
Baginda bertitah jika semua pihak tidak bekerjasama memberikan maklumat mengenai penyebaran ajaran sesat, pengaruhnya yang bergerak secara kecil-kecilan pada mulanya dibimbangi mampu berkembang hingga sukar dibendung.
  
"Perkembangan ajaran sesat boleh mengelirukan serta memesongkan akidah umat Islam di negeri ini. Akibatnya, umat Islam akan berpecah belah, hidup dalam suasana persengketaan dan tidak dihormati oleh masyarakat lain," titah baginda hari ini.
  
Sultan Sharafuddin bertitah demikian sebelum merasmikan Masjid Ar-Ridhuan, Simpang Empat, Jeram di sini.
  
Baginda turut menegaskan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pula perlu memastikan penceramah dan tenaga pengajar berkenaan agama Islam mempunyai tauliah yang diiktiraf, selain mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
  
Titah baginda, Jais juga perlu mengawasi semua aktiviti yang dijalankan di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dan diambil tindakan serta merta, sebelum gejala itu semakin berleluasa.
  
"Beta ingin mengingatkan sekali lagi kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid serta umat Islam di daerah ini, supaya sentiasa berwaspada terhadap mereka yang cuba mempengaruhi umat Islam untuk mengembangkan fahaman atau ajaran Islam yang sesat seperti difatwakan Jabatan Mufti dan Jais.
  
Laporan atau aduan bolehlah dikemukakan kepada pegawai dan anggota jawatankuasa masjid untuk dikemukakan kepada Jais atau berurusan terus dengan Jais," titah baginda.
  
Sultan Selangor turut menyeru umat Islam di negeri itu supaya menggunakan masjid dan surau sebagai tempat kondusif untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat. -  BERNAMA