Recent Posts

Tuesday, December 9, 2014

Polis Selangor Buru 15 Individu Pergaduhan Ketika Menentang Vietnam

SHAH ALAM: Sejumlah 15 individu diburu bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah memaklumkan kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau meminta individu-individu dalam foto yang dipamerkan supaya tampil menyerah diri untuk membantu siasatan, selain orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden berkenaan.

"Kita tidak boleh kata mereka ini suspek kerana masih dalam sia
satan. Kita masih dalam proses kenal pasti mereka untuk bantu polis siapkan kertas siasatan," kata Mohd Adnan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan polis sudah menahan sembilan individu atas pelbagai kesalahan.

"Sembilan tangkapan telah dibuat, tiga ditahan dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya, seorang untuk tujuan siasatan dan lima atas kesalahan kecil kerana memiliki pembakar suar," ujarnya. -Awani

Bible Dalam Bahasa Melayu dan IBan Diharamkan Di Selangor

Susulan tindakan mengecap kata-kata amaran di Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban oleh pihak berkuasa agama Islam Selangor, melarang ia digunakan di negeri itu, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengatakan "larangan menyeluruh" itu tidak realistik.
Pengerusi CFM Rev Dr Eu Hong Seng berkata, selain mereka yang berada di Malaysia Barat, terdapat ribuan lagi rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal dan bekerja di Selangor yang hanya mahir bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Eu merujuk kepada larangan menyeluruh yang disebut Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam kenyataan media bertarikh 14 November apabila Bible yang dirampas awal tahun itu diserahkan kembali kepada penganut Kristian melalui Persatuan Gereja Sarawak.
"CFM melihat dengan penuh kebimbangan perenggan akhir kenyataan Mais yang berbunyi '... dan berharap pengedaran dan percetakan Bible yang mengandungi perkataan 'Allah' tidak lagi dibuat di Negeri Selangor, kerana ia satu kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988'," kata Eu.
Kenyataannya itu berikutan kenyataan Persatuan Bible Malaysia (PBM) semalam, yang marah dengan tindakan pihak berkuasa agama negeri itu mencetak cap peringatan dengan tulisan merah pada lebih 300 naskhah AlKitab (Bible Bahasa Malaysia) dan Bup Kudus (bahasa Iban) yang sebelum itu disimpan mereka selama 10 bulan sejak Januari.
Katanya, Archbishop Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Pakiam dan CFM, kedua-duanya pernah menyatakan penggunaan AlKitab yang mengandungi kalimah 'Allah' akan terus digunakan semasa upacara Kristian bagi mereka yang bertutur di dalam Bahasa Malaysia dan tinggal di Semenanjung.
"Memaksa penganut Kristian di Malaysia berhenti menggunakan AlKitab adalah bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama, di mana Klausa (3)(a) menyatakan 'semua agama berhak menguruskan hal ehwal agama masing-masing.'
"Ia merupakan satu ketidakadilan yang melampau terhadap penganut Kristian di Malaysia yang hanya menggunakan Bahasa Malaysia ketika beribadat dan untuk Bible mereka, dan menggunakan bahasa itu sejak berabad lama," kata Eu.
Sambil mengingatkan yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berulang kali memberi jaminan akan menegakkan semangat penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui sebelum ini, beliau menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri segera berusaha ke arah memastikan ia benar-benar satu penyelesaian, dan bukannya satu kepalsuan yang menyebabkan kekeliruan dan konflik yang tidak perlu.
"Perdana menteri dan Jemaah menteri pada 31 Oktober 2014 memberi jaminan yang penyelesaian 10 perkara itu akan dijelaskan kepada semua kakitangan awam dan terbaru pada 14 November, perdana menteri meletakkan 'masalah' berkenaan 'isu Allah' itu ke atas kakitangan awam dan memberitahu mereka yang rampasan dan sekatan bukan sebahagian daripada penyelesaian yang dijanjikan dalam surat beliau kepada CFM bertarikh 11 April 2011," katanya.
The Malaysian Insider melaporkan, pemimpin Kristian marah dengan cap yang dicetak di atas naskhah Bible itu sebelum ia diserahkan kepada penganut Kristian Sarawak bulan lepas.
Presiden PBM Datuk Ng Moon Hing menuntut pihak berkuasa agama Selangor memohon maaf kerana 'mencemar' Bible itu kerana Putrajaya, pada bulan March 2011, berjanji tidak akan mengulangi perkara itu selepas insiden sama di Sarawak melibatkan konsaimen bernilai RM70,000 yang ditahan di Pelabuhan Kuching sejak 2009.  -TheMalaysianInsider

Inter Johor Firms Dibubarkan Akur Titah TMJ

INTER Johor Firms (IJF) akur dengan titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu menangani dengan segera kumpulan pelampau yang bertanggungjawab memberi imej buruk dan memalukan kepada Johor.

Difahamkan, kenyataan akur IJF menerusi laman sosial Facebook milik mereka itu juga merujuk kepada keputusan PBNJ untuk mengharamkan seumur hidup IJF dari memasuki mana-mana stadium di negeri ini.

Selain akur dengan titah Tunku Ismail, IJF dalam kenyataan sama turut menyatakan kumpulan mereka dibubarkan serta-merta, selain melontarkan pertanyaan kepada umum mengenai insiden kecoh selepas pertembungan Malaysia dan Vietnam.

“Rentetan dengan isu di Stadium Shah Alam Selangor, semua pihak menuding jari ke arah kami kononnya kami punca semuanya. Bukan nak menafikan, tetapi di sini, saya ingin bertanya berapa ramaikah bertopeng dan berjaket hitam di stadium semalam?

“Adakah semuanya datang dari IJF? Fenomena bertopeng ini bukan sahaja pada IJF malah seluruh Malaysia. Bukan sahaja kami malah BOS (Boys Of Straits), UM (Ultras Malaya) serta ‘fans’ biasa pun memakai topeng,” jelas IJF.

IJF turut mempersoalkan sama ada benarkah IJF yang memukul penyokong Vietnam dan adakah individu yang dikaitkan dengan kumpulan itu benar-benar ahli IJF atau tidak.

“Isu memukul ‘fans’ Vietnam, adakah betul IJF yang buat? Mengenai akaun FB yang dah jadi viral satu Malaysia, adakah benar dia budak IJF? Sekarang ni ramai yang mengaku IJF. -SinarHarian